Wednesday, February 21, 2018

PEGUAM NEGARA: PERGI BERAMBUS!

Image result for peguam negara

Portal-portal itu adalah penulis upahan, bila dibayar, mereka menulis. Respon saya, go fly a kite! (Pergi berambus!) Saya tidak peduli apa mereka tulis.” - PEGUAM NEGARA APANDI ALI


https://www.malaysiakini.com/news/412783#4mK9vpsob1fdXrLi.99


JARANG kita dengar Peguam Negara MARAH. Kali ini nampak marah betul.

Sebuah blog mendesak Apandi LETAK JAWATAN sebagai Peguam Negara sementara seorang penulis blog yang dikatakan penulis upahan (BUKAN DAP) menyerang ISTERI dan ADIK IPAR Peguam Negara.

Ini perkara biasa Tan Sri di Malaysia. Dulu semasa Zeti Aziz menjadi Gabenor Bank Negara, suami dan anak Zeti juga diserang (BUKAN OLEH DAP)

Apandi perlu tahu, ada peribahasa yang ditinggalkan oleh nenek moyang kita.

Ia berbunyi: "HABIS MADU, SEPAH DIBUANG."

Bila tiada madu, itulah jadinya.

Kalau Tan Sri mengambil keputusan melepaskan jawatan Peguam Negara nanti, kita akan ingati BUDI Tan Sri. Gambar di atas akan menjadi kenangan kita bersama.






Isteri Peguam Negara lapor polis dakwaan Raja Petra


Oleh Faris Fuad
faris.fuad@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Isteri Peguam Negara, Puan Sri Faridah Begum Abdullah, membuat laporan polis kelmarin, berhubung beberapa penulisan Raja Petra Kamarudin, yang disiarkan menerusi portal Malaysia Today.

Beliau berbuat demikian di Balai Polis Desa Sri Hartamas, kira-kira jam 12 tengah hari.

Laporan itu dibuat susulan tindakan Raja Petra, menerusi beberapa artikelnya yang disiarkan portal berkenaan, mendakwa suami Faridah, Tan Sri Muhammad Apandi Ali, dipengaruhi pihak luar di dalam membuat keputusan.

Faridah enggan mengulas lanjut mengenai isu yang dibangkitkan beliau dalam laporan polis berkenaan, sebaliknya dan menyerahkan sepenuhnya kepada pihak berkuasa untuk menjalankan siasatan.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Rusdi Mohd Isa, ketika dihubungi, berkata pihaknya sedang meneliti kes berkenaan daripada pelbagai aspek.

Beliau tidak menolak kemungkinan memanggil saksi untuk memberi keterangan dalam siasatan yang dijalankan, jika wujud keperluan berbuat demikian.

"Kes ini dikendalikan oleh Unit Jenayah Terkelas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, sementara siasatan dibuat mengikut Seksyen 500, Kanun Keseksaan kerana membabitkan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (Akta 588)," katanya.
https://www.bharian.com.my/berita/kes/2018/02/388885/isteri-peguam-negara-lapor-polis-dakwaan-raja-petra


Pergi berambuslah, kata AG
20 Feb 2018, 10:44 am 20 Feb 2018, 10:46 am

Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali melepaskan kemarahan kepada portal yang melaporkan dakwaan buruk dan menggesanya meletakkan jawatan.

“Portal-portal itu adalah penulis upahan, bila dibayar, mereka menulis.

“Respon saya, go fly a kite! (Pergi berambus!) Saya tidak peduli apa mereka tulis,” beliau dipetik sebagai berkata kepada Utusan Malaysia di Putrajaya semalam.

Beliau diminta mengulas artikel disiarkan dalam The Third Force serta Malaysia Today kelolaan penulis blog Raja Petra Kamaruddin yang mendesaknya meletakkan jawatan serta merta.

Pada 13 Februari lalu, isteri Apandi, Faridah Begum Abdul Kader dilapor membuat laporan polis yang mendakwa turut difitnah di Malaysia Today.

Artikel itu dikatakan mendakwa Faridah menggunakan kedudukannya sebagai isteri Apandi untuk mempengaruhi keputusan Pejabat Peguam Negara.

Jabatan Peguam Negara menafikan mengikut arahan dan dipengaruhi pihak luar.

No comments: