Wednesday, January 3, 2018

SELAMAT TAHUN BARU, 2018 UMNO AKAN CATIT KEMENANGAN TERBESAR DALAM SEJARAH PRU

Image result for 1mdb+rosmah 1mdb

SELAMAT Tahun Baru.

Yang pasti 2018 PRU-14 akan diadakan.

Pelbagai perkara dilakukan. Persempadanan semula kawasan pilihanraya mengikut CITARASA parti tertentu.

Hari ini satu artikel disiarkan. Menurut artikel tersebut persempadanan semula di Selangor memihak kepada BN.

Mengikut kajian tersebut, BN akan menang 20 kerusi di Selangor dan Pas - 9 kerusi.

Manakala DAP akan menang 15 kerusi dan PKR 12. 

Maksudnya kerajaan Pakatan Harapan akan TUMBANG di Selangor tahun ini dan Pas akan memBANTU BN mengambil alih tampuk pemerintahan di Selangor.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/30629/

Kalau mengikut segala tindakan yang diambil, BN akan menang besar atau "menang kira dalam tangan".

Pengundi POS sahaja telah meningkat kepada 4 juta pengundi. Ahli Bomba yang sebelum ini mengundi di saluran biasa, sudah dijadikan pengundi POS.

Kiranya, BN tak akan KALAH dalam PRU-14 ini. Menang besar, BESAR kemungkinan.

Tambah-tambah dibantu oleh PAS dan HADI AWANG yang pernah mengkafirkan ahli Umno dulu.

Tahun 2017 telah meninggalkan kita. Apa yang kita ingat hanyalah SKANDAL demi skandal TERDEDAH dan terakhir untuk tahun 2017 ialah Felda kehilangan tanah yang tinggi nilainya.

Riuh rendah mengenai Isa Samad terlibat dengan pelbagai skandal di Felda. Ianya setakat riuh dan pengkritik "syok terlebih". Isa masih segar bugar. Baru-baru ini ternampak video Isa menDENDANGkan sebuah lagu - tetapi sebuah lagu yang sedih dan mendayu.

Jangan pula buat-buat terperanjat kalau Isa dicalonkan semasa PRU14 nanti. Kerana dalam politik, akan ada ayat kalau si polan itu tak bertanding Umno akan kalah.

Macam di Lembah Pantai. Awal-awal Raja Nong Chik dah umum nak terus bertanding di Lembah Pantai.

Katanya Nurul Izzah Anwar pun dah takut - nak lari ke Permatang Pauh kerana kerusi tersebut telah menjadi kerusi PUTIH buat BN hasil dari persempadanan semula dan pemindahan pengundi.

Kalau kerusi Lembah Pantai dah jadi kawasan selamat buat BN, apa perlu letak Raja Nong Chik bertanding? Alangkah baiknya Umno meletakkan calon muda di kawasan selamat untuk memberi nafas baru kepada parti.

Begitu juga kerusi Padang Besar di Perlis. Awal-awal telah diumumkan kerusi selamat oleh penyandangnya Zahidi Zainul Abidin. Jika begitu siapa pun bertanding di Padang Besar akan menang, tak semestinya Zahidi. Elok juga mengenengahkan Ketua Pemuda Padang Besar di Padang Besar.

Seingat Jelapang, tiada satu ISU/SKANDAL yang diselesaikan oleh Najib Razak kecuali dua bayaran kepada IPIC - bayaran pertama pada bulan Julai dan yang keduanya baru-baru ini, menjadikan jumlah keseluruhan dibayar kepada IPIC ialah RM4.9 bilion.

Sepanjang 2017, penyelesaian isu-isu ini ialah "dengan buat tak tau sahaja".

Percayalah semua isu-isu ini tidak akan menjejaskan peluang BN semasa PRU nanti sebab orang Melayu mudah lupa dan tak kisah.

Peneroka Felda pula tak akan lupa RM5,000 yang telah diberikan oleh Najib kepada mereka.

Ada orang bertanya, bila PRU14?

Sabar-sabarlah. Selagi tak selesai persempadan semula, PRU14 tidak akan diadakan. Umno nak menang besar lah!!!!







2 comments:

Anonymous said...

Ramalan nujum pak bejelapang...

Anonymous said...

Ramalan nujum pak jelapang...