Sunday, November 26, 2017

TEUKU ADNAN: DULU SAYA HIDUP BERPOYA-POYA

Image result for tengku adnan


'Saya hidup berpoya-poya sebelum dapat hidayah masuk Umno'
25 Nov 2017, 7:07 pm 25 Nov 2017, 9:01 pm


Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui pernah hidup berpoya-poya sebelum mendapat hidayah untuk berkhidmat dengan Umno.

Justeru itu, Tengku Adnan memberi amaran kepada pembangkang supaya tidak mengelirukan rakyat mengenai dirinya.

Tengku Adnan berkata sekitar tahun 1980-an beliau merupakan seorang ahli perniagaan dan tersenarai antara individu terkaya di Malaysia sehingga berita mengenainya dilaporkan oleh majalah pelaburan.

"Sebab itu pembangkang cakap bukan-bukan. Saya marah. Tak tahu siapa saya, jangan cakap.

"Jangan kelirukan rakyat tentang saya. Apa yang berlaku pada saya hari ini saya bersyukur kepada Allah,” kata Tengku Adnan dalam ucapannya ketika merasmikan Majlis Nadi Negara di PWTC hari ini.

Tengku Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan bagaimanapun tidak menjelaskan secara khusus bentuk kekeliruan yang dibuat oleh pembangkang terhadapnya.

Ku Nan juga menceritakan mengenai gaya hidupnya sebelum mendapat hidayah daripada Allah sehinggalah menyertai Umno.

“Dahulu, saya hidup berpoya-poya sana-sini, kapal terbang sendiri, kapal layar ada, semua ada. Nak makan di mana? Hong Kong? Singapura?

“Tapi Allah sayang saya. Pada akhir 1998, saya teringat dipanggil jadi Setiausaha Kerja Umno. Saya beritahu presiden saya, yang saya akan berkhidmat selama enam bulan, kemudian mahu kembali ke dunia korporat.

"Tetapi dari November 1998 sampai ke hari ini saya jadi begini (terlibat dalam Umno),” katanya.

Katanya lagi, beliau turut ditawarkan untuk bertanding namun beliau enggan berbuat demikian kerana niat asalnya hanyalah untuk berkhidmat kepada Umno.

Bagaimanapun, menurut Ku Nan, beliau akhirnya memutuskan untuk juga untuk bertanding demi kepentingan parti.

Anggota Parlimen Putrajaya itu turut melahirkan kekesalan kepada anggota Umno yang terlalu inginkan jawatan berbanding berkhidmat kepada rakyat.

“Banyak ahli Umno sekarang yang kadangkala hendak sangat jawatan, hendak jadi wakil rakyat, saya tak faham,” katanya.

https://www.malaysiakini.com/news/403328#P0tpMFCMB47riUoF.99



No comments: